Membawang Hari Ini

Bakal Timang Cahaya Mata

Selepas Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan menimang cahaya mata lelaki mereka, Taimur Ali Khan pada Disember lalu, nampaknya ahli keluarga keturunan bangsawan itu akan bertambah seorang lagi apabila adik Saif, aktres Soha Ali Khan kini berbadan dua.

Soha, 38, berkahwin dengan aktor Kunal Kemmu, 33, pada satu majlis tertutup pada 25 Januari 2015, diikuti majlis resepsi yang amat meriah.

Kunal mengesahkan berita kehamilan isterinya itu dan dia sudah tidak sabar bergelar bapa.

“Ya, benar. Soha disahkan hamil dan dijangka bersalin penghujung tahun ini. Kami berdua sangat gembira dan terima kasih atas doa anda semua,” katanya.

Soha dan Kunal pernah berlakon bersama dalam filem 99 dan Dhoondte Reh Jaaoge memetik laporan Harian Metro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");