Sukan Hari Ini

Baki RM8.8 Juta Lagi

Putrajaya: Hanya berbaki 11 peratus penajaan perlu dicapai Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) bagi Sukan SEA dan Para ASEAN 2017 yang bakal berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, secara keseluruhan mereka sudah mencapai 89 peratus daripada sasaran penajaan berjumlah RM80 juta.

“Penajaan berbentuk tunai sudah mencapai 71 peratus (daripada RM30 juta) manakala 99 peratus (RM50 juta) bagi barangan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Terdahulu beliau menghadiri majlis pengumuman tajaan kategori perak oleh McDonald’s Malaysia dengan tajaan bernilai RM1 juta.

Khairy menjelaskan, jenama itu cukup sinonim dengan rakyat Malaysia yang secara tidak langsung akan membantu dalam mempromosikan temasya.

Tambahnya lagi dengan kehadiran purata 13.5 juta pelanggan setiap bulan, ia secara tidak langsung mampu menyemarakkan lagi semangat patriotik memandangkan pada Ogos, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan ke-60.

Sukan SEA ke-29 dijadualkan berlangsung pada Ogos disusuli Sukan Para ASEAN pada September nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");