Perak Hari Ini

Banjir: Hanya 1 Pusat Pemindahan Masih Dibuka Di Kerian

GUNUNG SEMANGGOL:Setakat jam 4 petang ini, hanya satu pusat pemindahan sementara banjir dibuka apabila pusat pemindahan di Dewan orang Ramai Padang Lalang ditutup sepenuhnya sekitar jam dua petang tadi.

APM menerusi satu kenyataan berkata kesemua mangsa telah pulang ke kediaman masing-masing bagaimanapun keluarga di Kampung Parit Air Hitam telah dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman.

Terdapat 7 mangsa daripada tiga keluarga ditempat di Pusat Pemindahan SK Parit Haji Aman manakala

Sementara itu pusat pemindahan di Alor Setanggok telah ditutup sepenuhnya pada jam 11.30 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata, kesemua 17 keluarga mangsa banjir melibatkan 85 orang di Dewan Orang Ramai Kampung Alor Setangguk sudah dibenarkan pulang pada waktu pagi setelah keadaan banjir di rumah masing-masing dikenal pasti kering.

Menurutnya, situasi sama turut berlaku kepada 27 keluarga mangsa banjir melibatkan 107 orang yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Padang Lalang apabila kesemuanya difahamkan sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, pusat pemindahan mangsa banjir di SK Parit Haji Aman yang menggantikan Dewan Orang Ramai Kampung Padang Lalang masih lagi beroperasi seperti biasa dengan tiga keluarga melibatkan tujuh orang masih ditempatkan di situ.

“Keadaan banjir di rumah semua mangsa banjir kecuali melibatkan tiga keluarga dari Kampung Parit Air Hitam difahamkan sudah kering dan selamat diduduki selepas dicuci.

“Pihak kami akan terus memantau perkembangan banjir dan sekiranya keadaan pulih sepenuhnya, kita akan mengisytiharkan penutupan pusat pemindahan mangsa banjir kedua,”katanya.

Malah jelasnya ketika ini, paras air Empangan Kolam Bukit Merah masih pada takat bahaya iaitu 29.7 kaki dengan kadar perlepasan air kolam menurun mendadak kepada 700 kaki padu sesaat berbanding 1,000 kaki padu sesaat kelmarin.

“Kesemua agensi kerajaan terlibat seperti APM, Pejabat Daerah dan Tanah(PDT) Kerian, Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), Pusat Kesihatan Daerah Kerian, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) bertungkus-lumus memastikan pusat pemindahan mangsa banjir berjalan lancar sehingga operasi ditutup,”katanya.

Sementara itu, Ketua Umno cawangan Kampung Padang Lalang, Md Saad Che Ya,65, berkata, keadaan banjir di beberapa kampung dilanda banjir sebelum ini sudah semakin surut sejak pagi semalam.

Menurutnya, sepanjang ditempatkan di pusat pemindahan mangsa banjir disediakan, kesemua mangsa banjir berpuas hati dengan layanan dan keprihatinan diberikan semua pihak terutama agensi-agensi kerajaan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian.

“Selain memberikan tempat tinggal sementara yang selesa, keperluan makanan, minuman dan kelengkapan tidur turut disediakan kepada semua mangsa banjir,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");