Berita Hari Ini

Bank Dunia Jangka Malaysia Catat Pertumbuhan KDNK 4.3 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Bank Dunia menjangka Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sederhana sebanyak 4.3 peratus pada tahun ini, meningkat daripada 4.2 peratus pada 2016, didorong oleh penggunaan swasta.

Dalam ‘East Asia and Pacific Economic Update’, kajian setengah tahun mengenai negara-negara membangun di rantau ini oleh bank itu, katanya, KDNK negara diunjurkan meningkat pada 2018 dan 2019.

Subsidi kerajaan yang tinggi, lebih banyak perbelanjaan infrastruktur dan eksport yang meningkat menjadi faktor yang dapat memacu ekonomi Malaysia pada 2017, dan meningkat sehingga kepada 4.5 peratus pada tahun depan, katanya.

“Kami sedar ekonomi turut bergantung kepada persekitaran perdagangan dan perlindungan perdagangan, dan bahawa persekitaran global dipenuhi dengan ketidaktentuan.

“Ia turut bergantung kepada keadaan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan potensi impak daripada kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS, jika ada, berikutan Malaysia mudah terdedah kepada semua risiko ini, sebagai sebuah ekonomi terbuka,” kata Pengurus Negara/Wakil Bank Dunia ke Malaysia, Faris Hadad-Zervos, selepas sesi taklimat mengenai laporan itu di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, dasar fiskal dan monetari Malaysia terus kukuh dan dijangka dapat menghadapi cabaran perniagaan.

“Malaysia perlu terus menumpukan kepada pembaharuan struktur dalam jangka masa panjang untuk memastikan ia mampan dalam status negara berpendapatan tinggi,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");