Jenayah

Bapa Maut Ditikam Anak

PADANG BESAR: Seorang bapa berusia 53 tahun maut selepas ditetak dan ditikam sehingga terburai perut oleh anak lelakinya yang berusia 24 tahun di rumah nya di Batu 4 1/2, Jalan Padang Melangit, Beseri dekat sini, hari ini.

Memetik sumber Berita Harian, sebelum kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi itu, suspek dikatakan bertengkar dengan mangsa, Amran Ariffin sebelum bertindak menetak dan menikam bapanya dengan parang.

Suspek kemudian melarikan diri ke rumah neneknya yang terletak sejauh kira-kira 60 meter dari rumah mangsa dan telah ditahan polis kira-kira pukul 8 pagi.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Superintenden Azahar Muda berkata, suspek turut cedera apabila menikam diri sendiri selepas menetak bapanya itu.

Katanya, lelaki itu kini dirawat di Hospital Tunku Fauziah (HTF) sebelum direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");