Jenayah

Bawa 4 Anak Edar Dadah

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri ditahan polis kerana memiliki 40 botol dadah disyaki jenis heroin seberat 160 gram dalam kereta mereka yang diparkir di tepi jalan di Melor, di sini, kelmarin.

Memetik sumber Berita Harian Online, kedua-dua suspek yang berusia 32 dan 38 tahun itu ditahan bersama empat anak berusia bawah 12 tahun kira-kira jam 10.10 malam dipercayai dibawa untuk mengaburi kegiatan pengedaran dadah itu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, Din Ahmad, berkata hasil pemeriksaan dalam kenderaan jenis Proton Wira terbabit, polis menemui 40 botol dadah dipercayai heroin yang dianggarkan bernilai RM80,000.

“Suspek dipercayai sedang menunggu pembeli, membawa heroin ini masuk dari Thailand untuk kegunaan kira-kira 8,000 penagih.

“Hasil soal siasat mendapati kegiatan pengedaran ini dilakukan sejak awal tahun ini dan suspek lelaki memiliki empat rekod lampau berkaitan dadah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, sebentar tadi.

Katanya, polis sedang mengesan anggota lain sindiket pengedaran itu yang dikenali Madi.

Katanya, selain terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah, suspek lelaki itu juga didapati positif morfin hasil saringan dijalankan, manakala isterinya pula negatif.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengetahui sama ada wanita itu turut terbabit dalam sindiket terbabit.

“Semua suspek direman seminggu bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");