Jenayah

Bekas Peserta AF Didakwa Dera Anak Tiri

PETALING JAYA: Bekas peserta Akademi Fantasi (AF) musim kesembilan, Mohammad Azri Abdullah, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, tahun lalu.

Memetik sumber Berita Harian Online, Mohammad Azri, 30, yang juga suami bekas juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis, membuat pengakuan itu dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.

Berdasarkan pertuduhan, Mohammad Azri didakwa melakukan penganiayaan terhadap anak perempuan tirinya berusia 10 tahun dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas di pangsapuri Seri Mutiara, Jalan Putra Indah 9/1C, Seksyen 9, Subang Jaya di sini, pada jam 8 pagi, 5 Mei 2016.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");