Membawang Hari Ini

Ben Affleck Dan Jennifer Garner Failkan Penceraian Secara Rasmi

Selepas mengumumkan perpisahan dua tahun lepas, pelakon Ben Affleck dan Jennifer Garner akhirnya secara rasmi memfailkan penceraian mereka, lapor Los Angeles Times.

Pasangan itu memfailkan penceraian mereka di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis atas sebab tiada persefahaman.

Garner dan Affleck, kedua-duanya 44 tahun, turut membuat permohonan hak penjagaan bersama tiga anak mereka.

Affleck dan Garner pernah berlakon bersama dalam filem adiwira ‘Daredevil’ pada tahun 2003 dan mendirikan rumah tangga pada tahun 2005.

Mereka sebelum ini mengumumkan perpisahan sehari selepas ulangtahun perkahwinan yang ke-10 pada 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");