Membawang Hari Ini

Betul Ke Sasqia Belum Pernah Berkahwin?

Biarpun beliau sudah membuktikan bahawa dirinya mempunyai bakat lakonan yang tidak boleh dipandang remeh namun, nama Sasqia Dahuri masih lagi tidak sehebat seperti pelakon-pelakon lain.

Boleh dikatakan setiap kemunculannya dalam drama-drama yang disiarkan di TV3 atau Astro sentiasa mendapat perhatian penonton.

Pemilik nama Nurlisasqia Dahuri, 32, adalah antara artis yang bebas dari gosip-gosip dan tidak ada sebarang kontroversi melandanya setakat ini.

Sasqia juga dikatakan bukan hanya berlakon semata-mata, tetapi khabarnya sudah mula berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Namun ada dakwaan yang mengatakan, Sasqia yang sebelum ini sering mengaku belum pernah berkahwin sebenarnya pernah berkahwin, dalam erti kata lain, dia adalah janda.

Betulkah dakwaan sesetengah pihak itu? Atau ia hanya gosip nakal yang sengaja dicipta dengan niat mahu menjatuhkan populariti Sasqia? Perkara ini hanya Sasqia yang mampu menjawabnya.

Kita tunggulah apa yang Sasqia nak jawab. Kalau benda ini tak betul, harap-harap orang yang sebar cerita ini bertaubatlah, tidak baik fitnah orang.

Tetapi kalau cerita Sasqia pernah berkahwin ini benar, elok juga Sasqia beri sebab kenapa mahu sorokkan perkara itu.

Kebanyakkan orang pun tahu artis-artis berstatus janda ini ramai yang meletop dan hebat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");