Membawang Hari Ini

Bienda, Jadi Peserta Pertama Tersingkir

PENYANYI Bienda menjadi peserta pertama tersingkir pada konsert minggu kedua program Gema Gegar Vaganza (GGV) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, malam tadi.

Memetik sumber Sinar Harian pada konsert yang bertemakan Dalam Lagu Ada Makna, Bienda menyanyikan lagu Sejati nyanyian asal Faizal Tahir mendapat markah paling rendah daripada juri profesional yang mengadili para peserta.

GGV menampilkan Farihin Abdul Fattah dan pelakon popular Indonesia, Oki Setiana Dewi sebagai juri tetap, manakala Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah sebagai juri jemputan.

Kesemua peserta bertanding diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Sementara itu, Mirwana dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Gema Terindah kategori Transformasi Terserlah menerusi persembahan menarik yang dipamerkan pada minggu ini menerusi lagu Satu nyanyian asal Dewa 19.

Barisan peserta yang masih meneruskan perjuangan untuk minggu seterusnya ialah Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Azmi Caliph Buskers, Izam EYE, Wani, Hijjaz, Saujana, Mirwana dan UNIC.

Gema Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Achey (Bochey), Siti Nordiana dan Fikri Ibrahim (Lawak Solo) ini disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis (106) dan Maya HD (135), setiap Sabtu, jam 9.00 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");