Sukan Hari Ini

Blues hampiri kejuaraan

PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte berkata, skuad kendaliannya hanya memerlukan enam kemenangan sahaja lagi untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Conte melaungkan keyakinan itu selepas anak buahnya melakar kemenangan 2-1 ke atas Manchester City di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksikan The Blues kini terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu dengan 72 mata.

Manakala pencabar utama mereka, Tottenham Hotspur yang turut meraih kemenangan 3-1 ke atas Swansea City, berada di tangga kedua, ketinggalan tujuh mata.

“Aksi musim ini hanya berbaki lapan perlawanan lagi, jadi saya harap kami tidak keciciran mata.

“Jika tidak kedudukan kami pasti di pintas Spurs. Apa pun kami hanya memerlukan 18 mata untuk bergelar juara,” kata Conte memetik sumber Sinar Harian.

Pada pertemuan itu, Eden Hazard muncul wira tuan rumah apabila meledak dua gol pada minit ke-10 dan m-35.

Gol sagu hati pelawat dijaringkan Sergio Aguero m-26.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");