Perak Hari Ini

BN ‘Goyah’? Hanya Provokasi Pembangkang

IPOH:Tomahan dan ramalan bahawa Barisan Nasional (BN) akan hilang kuasa untuk terus kekal memerintah kerajaan selepas PRU14 nanti disifatkan sekadar propaganda dan provokasi sesetengah pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Mohd. Kamil Shafie berkata tomahan sedemikian terutamanya yang dilontarkan oleh pihak pembangkang membuktikan bahawa mereka sedang khuatir dengan kekuatan BN.

“Keadaan pembangkang kini sedang berpecah, jadi mereka khuatir dengan kedudukan mereka dan mengatakan BN tidak mampu untuk terus kekal adalah satu propaganda mereka semata.

“Sebaliknya mereka yang sedang berpecah manakala BN masih kukuh di belakang pentadbiran Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak manakala di peringkat negeri iaitu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,” katanya kepada Peraktoday.

Tambahnya lagi, para pemimpin atasan sama-sama bekerja membantu rakyat tanpa mengira masa dan waktu dan tomahan sedemikian tidak menjadi satu ketakutan malah rakyat juga sedar yang BN bukannya parti retorik tetapi parti yang membantu rakyat selama ini.

“Ia hanya propaganda kerana takut selama ini tiada kejayaan pembangkang yang dilihat,” katanya.

Mengulas mengenai kritikan yang diterima Pengerusi UMNO sendiri juga Perdana Menteri jelasnya, dalam arena politik pastinya ada pihak yang ingin ‘membunuh’ pemimpin melalui pelbagai kritikan.

Bagaimanapun jelasnya kritikan itu disifatkan ‘menikam’ diri pembangkang sendiri apabila semakin lama mereka mengkritik Najib semakin kuat beliau bekerja untuk rakyat.

“Makin terang rakyat akan nampak keikhlasannya, mereka cuma ingin membunuh tetapi kritikan yang dibuat semakin hari menjadikan Datuk Seri Najib semakin kuat.

“Kerana setiap kritikan membuka lorong kepada rakyat melihat usaha dan tindakan Perdana Menteri itu
memberikan cahaya dan sedar BN parti yang menolong rakyat,” katanya lagi.

Bagi Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Shahril Mohamed pula menyifatkan ramalan bahawa BN akan tumbang pada pru 14, adalah ramalan yang agak berat sebelah.

“BN menghadapi serangan yang cukup hebat dari semua sudut khususnya dari pihak pembangkang yang cukup tidak bertanggungjawab. Sehinggakan sanggup memburukkan nama Negara serta menjejaskan kestabilan negara malah ia juga dikhuatiri menjejaskan persepsi positif kepada BN,” katanya.

Beliau turut mengakui bahawa BN agak bermasalah dalam konteks sokongan tetapi perlu apa yang perlu dinilai ialah pihak Pembangkang juga sebenarnya mempunyai masalah yang sama malah masalah mereka lebih teruk jika dibandingkan dengan BN.

“Jika diimbau pada PRU13 yg lalu,mereka (pengkritik) juga telah mengatakan bahawa BN akan tumbang pada masa itu dan terdapat pihak yang terpengaruh dengan slogan ‘Ini Kalilah’ yang dibawa oleh Pembangkang..tetapi perkara sebaliknya telah berlaku malahan kerusi UMNO semakin bertambah pada masa itu,” katanya.

Megulas pula mengenai kewibawaan pimpinan yang telah ditunjuk oleh Datuk Seri Najib pula mencerminkan bahawa beliau sentiasa bekerja keras walaupun teruk diserang oleh pembangkang.

“Tetapi beliau tetap terus menerus bekerja untuk memastikan Malaysia berada dalam keadaan yang cukup baik. Ini dapat dibuktikan dengan kerjasama dan pelaburan antara Malaysia dengan negara lain seperti China, Arab, India, Perancis dan lain-lain Negara.

“Usaha ini juga telah dilengkapkan lagi dengan kerja keras oleh Pimpinan di peringkat Negeri iaitu sebagai contoh, di Negeri Perak. Datuk Seri Zambry telah berusaha kuat untuk memastikan rakyat terus memberi sokongan dan mandat kepada BN semasa PRU nanti.

Sementara itu bagi, ADUN Belanja, Datuk Mohd Nizar Zakaria segala tomahan yang dilemparkan kepada BN bertujuan menutup kelemahan masing-masing.

“Mereka meramalkan benda yang belum diatas awang-awangan dan kerajaan sentiasa bertanggungjawab menjalankan tugas keatas kesejahteraan rakyat.

“Rakyat pula akan dapat melihat perkembangan kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional dalam keadaan yang cukup baik berbanding pihak pembangkang yang cuba mencari helah mengagaglkan segala bentuk pembangunan yang dibuat oleh kerajaan,” katanya lagi.

Malah jelasnya pembangkang hanya ingin mengaburi mata rakyat dengan senario parti mereka sendiri yang tidak menunjukkan kesepaduan sehingga kini.

“Proses kematangan politik itu perlu ada bagaimanapun permainan kotor ini akan sentiasa menjadi ungkapan pembangkang,” katanya.

Jelas Nizar lagi, kritikan perlu dilihat melalui fakta walaupun Datuk Seri Najib dikritik begitu hebat tetapi beliau masih lagi berada dalam situasi yang cukup tenang bagi mentadbir negara ini.

“Semua yang dibuat kerajaan tidak betul sehingga mereka lupa negeri yang ditadbir oleh mereka dirasakan baik tetapi tidak juga begitu sebaliknya,” katanya.

Katanya, UMNO masih kuat dan kukuh namun tafsiran bahawa parti keramat itu goyah hanya pemahaman daripada pihak yang ‘kecewa’.

“Kecuali bagi orang yang kecewa 22 tahun memimpin pun jika ada perasaan kecewa akan lupa segala kebaikan yang dibuat menerusi parti ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");