Membawang Hari Ini

Brad Pitt-Sienna Miller Ada Hubungan?

NAMPAKNYA Brad Pitt sudah melupakan Angelina Jolie selepas pelakon terkenal itu dikatakan sedang rapat dengan aktres Sienna Miller.

Walaupun kes perceraiannya dengan Angelina masih belum selesai namun Page Six melaporkan pasangan itu dilihat mesra ketika menghadiri majlis makan malam bagi meraikan filem terbaharu lakonan mereka iaitu The Lost City of Z.

Saksi yang turut menghadiri makan malam selepas tayangan perdana filem itu yang diadakan di Arclight, Los Angeles mendakwa pasangan itu seperti tidak dapat dipisahkan dan menghabiskan masa berdua untuk berbual sepanjang malam.

Bagaimanapun pada acara itu mereka turut ditemani oleh rakan-rakan yang lain.

Brad dan Sienna sebelum ini dikatakan pernah dikatakan bermain cinta ketika sedang menjalani penggambaran filem The Lost City of Z namun perkara itu disangkal oleh mereka memetik sumber Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");