Perak Hari Ini

Car Free Day Tarik 8500 Pengunjung

IPOH: Seramai 8500 wargakota Ipoh menyertai Program Ipoh Car Free Day April kali ke-18 hari ini yang diadakan di Jalan Raja Dihilir.

Program pada kali ini yang bertemakan Hari Buku Antarabangsa turut menarik kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Program ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria yang tidak pernah melepaskan peluang untuk bersama-sama wargakota Ipoh di sepanjang program tersebut.

Menurut beliau, program ini diharap akan menjadikan Ipoh sebuah bandar rendah karbon serta menarik kehadiran wargakota untuk bersantai pada hujung minggu.

Disamping itu katanya, dengan penganjuran program seumpama itu ianya dapat memeriahkan lagi Tahun Melawat Perak 2017.

Turut hadir Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah senamrobik, soccer kids, pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Pakar KPJ Ipoh, gunting rambut dan solekan oleh Euphoria Academy.

Antara aktiviti menarik lain yang diadakan adalah Kayuhan Jom Baca Buku@ Ipoh Car Free Day, Photo Challenge, Bengkel Fotografi, Bengkel Pengendalian Drone, Ipoh Pinky Fun Walk dan ZUMBA.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");