Sukan Hari Ini

Cheng Hoe letak jawatan, terima tawaran FAM

TAN Cheng Hoe sah meletakkan jawatan selaku pengendali Kedah dan menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengalas jawatan penolong jurulatih Harimau Malaysia.

Kata Cheng Hoe,keputusan meletakkan jawatan itu dibuat selepas Kedah menewaskan PKNP 6-1 dalam saingan Piala FA tempoh hari.

Namun,beliau menyatakan sedang menunggu keputusan daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengenai hasrat peletakan jawatan itu.

“Saya dah hantar surat letak jawatan tetapi masih menunggu keputusan daripada KFA.

“Mungkin sehari dua lagi,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");