Jenayah

Dadah RM1.09j dalam kemeja T

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 15.56 kilogram dadah Methamphetamine bernilai RM1.09 juta yang disorok dalam bungkusan kemeja T di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor, Rabu lalu.

Memetik sumber Berita Harian Online, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM, Datuk Zulkifli Yahya, berkata serbuan kira-kira jam 1.20 tengah hari itu adalah hasil maklumat orang awam.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui dadah dalam bungkusan plastik yang disembunyikan dalam setiap helai kemeja-t yang ditemui dalam tujuh kotak bungkusan pakaian yang dibawa dari Dhaka, Bangladesh.

“Dadah ini dibawa melalui kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kemudian dihantar dengan lori ke sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi.

“Kita menahan tiga lelaki warga India berusia lingkungan 30 hingga 40-an di rumah itu untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Pejabat Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, JKDM masih menyiasat sama ada dadah itu untuk pasaran tempatan atau hanya transit di negara ini. Katanya, tiga lelaki warga India terbabit, direman tujuh hari sejak Rabu lalu untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");