Perak Hari Ini

DAP! Jangan Burukkan Nama Baik Kakitangan Awam’ – Zambry

TELUK INTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sekali lagi memberi amaran kepada parti DAP agar tidak sama sekali memburukkan nama kakitangan awam dengan tuduhan yang tidak berasas.
Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ngeh Koo Ham yang menyatakan Zambry akan mengenalpasti pegawai kerajaan yang membocorkan dokumen kerajaan mengenai MB Inc.
Jelas Zambry, sesetengah maklumat kerajaan boleh didapati dengan hanya membayar untuk mendapatkan maklumat tersebut, tetapi DAP memanipulasi kan situasi ini dengan mengatakan maklumat ini telah dibocorkan oleh kakitangan awam.
Tambah Zambry lagi, isu yang dibangkitkan oleh DAP ini adalah isu yang sama pernah dibangkitkan sebelum ini kerana DAP telah kekurangan idea untuk menjatuhkan kerajaan.
“DAP perlu mencari sesuatu untuk mereka terus hidup di arena politik ini. Tetapi sebenarnya mereka sudah kekurangan idea, jadi mereka sering membangkitkan isu-isu yang sama,” katanya ketika ditemui wartawan hari ini.
Menurut beliau juga, DAP sanggup melakukan pembohongan demi menjatuhkan nama baik kerajaan dengan membuat tuduhan-tuduhan yang celupar dan bersifat biadap.
“Mereka ini sanggup melakukan pembohongan ketika dalam sidang DUN baru-baru ini. Malahan mereka juga membuat tuduhan-tuduhan yang celupar dan bersifat biadap.
“Inilah wajah sebenar DAP. Mereka akan terus membangkitkan isu-isu yang sama kerana mereka perlukan sesuatu untuk jatuhkan kerajaan.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");