Berita Hari Ini

Denda RM10 Ribu: Peguam Lena Hendry Kemuka Rayuan

Pihak pendakwa raya memfailkan rayuan terhadap hukuman denda RM10,000 berkaitan kes tayangan dokumentari mengenai perang saudara di Sri Lanka yang bertajuk “No Fire Zone, Killing Fields of Sri Lanka” empat tahun lalu.

Hukuman dendan itu sebelum ini dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ke atas pengurus program Pusat Komas, Lena Hendry lebih dua minggu lalu.

“Ya, pihak pendakwa raya merayu terhadap hukuman denda RM10,000 itu. Lena menerima surat memaklumkan kepadanya mengenai keputusan itu,” kata peguamnya, New Sin Yew..

Pada 22 Mac lalu, Majistret Mohd Rehan Mohd Aris memerintahkan Hendry membayar denda RM10,000 atau penjara setahun kerana menayangkan dokumentari tersebut.

Bagaimanapun, beliau telah membayar denda itu.

Dokumentari sepanjang 93 minit itu belum diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Mohd Rehan Pada 21 Februari mendapati Hendry bersalah menayangkan dokumentari itu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur Kuala Lumpur di Jalan Maharajalela di Kuala Lumpur, pada pukul 9 malam 3 Julai 2013.

New juga membayangkan bahawa mereka akan merayu terhadap sabitan dan hukuman denda itu.

Dengan rayuan oleh pihak pendakwa dan rayuan balas oleh Hendry, perkara itu akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");