Jenayah

Dua Beradik Rentung

LAWAS: Dua beradik ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Melusok, Jalan Punang di sini, awal pagi tadi.

Memetik sumber Berita Harian Online, mayat Teo Yun Tiong, 57 dan Teo Yin See, 50-an, ditemui oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam bilik tidur selepas kerja memadam kebakaran selesai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.19 pagi sebelum sebuah jentera dengan lapan anggota dihantar ke tempat kejadian.

Beliau berkata, setibanya di lokasi pada jam 2.27 pagi, kebakaran sudah memusnahkan kira-kira 70 peratus rumah dua tingkat itu.

“Kami dimaklumkan dua penghuni masih berada dalam rumah berkenaan, namun kami tidak menemui mereka sehingga kebakaran dipadamkan.

“Punca kebakaran masih disiasat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");