Membawang Hari Ini

Elton John Diserang Penyakit Misteri?

Penyanyi lagend Hollywood, Elton John nampaknya berdepan dengan minggu-minggu yang sukar baru-baru ini apabila dia dikhabarkan mengalami masalah kesihatan.

Beliau yang kini sudah menjangkau umur 70 tahun itu dikejarkan ke hospital baru-baru ini berikutan mengalami keadaan kecemasan yang berbahaya dan luar biasa akibat jangkitan kuman semasa di Amerika Selatan.

Dipetik dari laman thehollywoodgossip.com, seorang wakil penyanyi itu mengesahkan berita berkaitan kesihatan Elton John pada Isnin lalu.

“Selepas menjalani rawatan intensif selama dua malam serta bermalam selama sehari di hospital, Elton kini telah dibenarkan pulang pada 22 April dan sekarang beliau disuruh untuk berehat di rumah atas doktor.

“Jangkitan yang berlaku pada Elton ini adalah sesuatu yang luar biasa dan boleh menyebabkan kematian. Namun, mujur pasukan perubatan Elton mengenal pasti perkara ini dengan cepat dan merawatnya dengan jayanya.”

Walaupun mengalami penyakit misteri, namun Elton dijangka akan berusaha untuk sihat dan menjalani rawatan pemulihan lengkap bagi membolehkan beliau meneruskan siri jelajahnya pada 3 Jun.

Kecekalan Elton menunjukkan sikap dedikasi penyanyi itu yang perlu bertemu peminat-peminatnya dan ia sedikit apabila beliau terpaksa menghampakan peminatnya.

Siri jelajah Elton pada April dan Mei terpaksa dibatalkan bagi membolehkan Elton menjalani rawatan sehingga pulih dari penyakit misteri itu.

“Anda mungkin boleh menjangka dari seorang yang telah berada dalam industry hiburan selama bertahun-tahun dan dia telah mengumpul satu kumpulan peminat setia dan teguh memberi harapan kepadanya setelah mengetahui keadaan kesihatan Elton.

“Saya sungguh bernasib baik untuk mempunyai peminat setia dan saya meminta maaf kerana mengecewakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut berterima kasih kepada peminat atas sokongan mereka pada waktu sukar ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");