Sukan Hari Ini

FMLLP Hantar Surat Potong Mata

LIMA pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) akan dikenakan hukuman pemotongan mata berikutan kegagalan melunaskan tunggakan gaji kepada pemain masing-masing sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata, FMLLP akan menghantar surat berhubung pemotongan mata itu hari ini kepada pasukan terbabit selepas tempoh secukupnya diberikan kepada pasukan berkenaan untuk melangsaikan tunggakan gaji itu.

“Kita tidak mengumumkan nama kelima-lima pasukan berkenaan kerana tiada tindakan diambil.

“(Namun) setelah surat berkenaan dikeluarkan esok (hari ini), kita akan buat pengumuman,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Ramalingam menegaskan bahawa pihaknya terpaksa melakukan pemotongan mata kepada pasukan terlibat yang dilihat masih gagal menangani isu tunggakan gaji sejak beberapa musim lalu.

“Saya rasa selagi sesuatu tindakan tidak dibuat dengan tegas, maka isu-isu yang melanda Liga Malaysia tidak akan ada penyelesaiannya.

“Saya berharap bahawa penyokong dan setiap pasukan yang terlibat memahami bahawa bola sepak Malaysia perlu melangkah ke hadapan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan Stadium Shah Alam dipilih sebagai venue final Piala FA edisi ke-28 yang bakal berlangsung pada 20 Mei depan.

Menurutnya, walaupun terdapat beberapa cadangan untuk membawa final Piala FA di luar Lembah Klang namun ia tidak fleksibel selepas pihaknya mempertimbangkan beberapa faktor termasuk fasiliti di stadium berkenaan.

Dalam pada itu, Ramalingam memaklumkan perlawanan akhir kali ini bakal menjanjikan kelainan dengan lebih berfokuskan kepada konsep kekeluargaan selain kawalan keselamatan termasuk penjualan tiket palsu dipertingkatkan bagi mengelak penyokong yang tidak berkenaan daripada memasuki stadium.

Katanya, isu penjualan tiket palsu sentiasa wujud menjelang aksi final sesebuah pertandingan memandangkan tiket mendapat permintaan tinggi daripada penyokong yang gagal memasuki stadium disebabkan kehabisan tiket.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");