Perak Hari Ini

Galakan Berterusan Untuk Orang Ramai Solat Berjemaah

IPOH: Kerajaan Perak telah melaksanakan pelbagai pendekatan dalam usaha untuk meramaikan ahli Jemaah masjid serta pembangunan rohani dan agama masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata pelbagai inisiatif diambil seperti kempen dan program khusus bagi menerapkan kesedaran masyarakat mengenainya.

“Kerajaan negeri telah melancarkan Kempen Pengimarahan Masjid pada 8 September lalu, manakala demi mengekalkan kesedaran berterusan pengajuran Kempen Jom Solat Subuh Berjemaah di masjid turut dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada ADUN Lintang Datuk Mohd Zolkafly Harun pada sesi sidang DUN Perak yang memasuki hari kedua ketiga hari ini.

Jelasnya lagi, Kempen tersebut diperluaskan ke seluruh Daerah di negeri ini dengan penglibatan oleh Pejabat Daerah dan juga Pejabat –Pejabat Agama Daerah.

“Program “Melentur Buluh Biar dari Rebungnya” merupakan inisiatif untuk mendidik kalangan anak-anak dengan mendekatkan diri dengan masjid,” katanya.

Tambahnya lagi, masyarakat turut diingatkan melalui khutbah Jumaat mingguan di seluruh masjid dan surau malah Biro Belia Masjid dan Biro Muslimat turut ditubuhkan di peringkat setiap daerah.

“Pelbagai bentuk pendedahan seperti seminar motivasi, kursus-kursus teori dan amali, ceramah agama dan lain-lain telah digunakan malah Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung yang telah dilantik diwajibkan untuk menghadiri krusus induksi yang dianjurkan,” katanya.

Terdahulu jelasnya, pada tahun 2016, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menyelaras program ceramah motivasi dan ceramah agama kepada seramai 829 Pengerusi JKKK yang bertajuk “Kepimpinan Berlandaskan Islam,”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");