Panasnya Hari Ini

Gerakan Kemuka 45 Nama Bakal Calon PRU Kepada PM

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan baru-baru ini mencadangkan 45 nama, dengan 50 peratus daripadanya muka baharu, kepada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bakal calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Presiden parti Datuk Seri Mah Siew Keong berkata bakal calon berkenaan bertugas sebagai penyelaras Gerakan di kawasan masing-masing sejak dua tahun lepas.

“Mereka ini kuat bekerja dan telahpun turun padang untuk bertemu masyarakat dalam kawasan pilihan raya mereka. Ini akan menjadi faktor yang membawa kepada kemenangan Gerakan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi sumbang saran pada pemukiman parti itu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya, di sini pada Sabtu.

Mah berkata Gerakan telah menyelesaikan masalah dalaman parti, dan kini bekerja sebagai sebuah pasukan dan akan bekerjasama dengan parti komponen lain dalam BN untuk memastikan gagasan memenangi pilihan raya umum.

Beliau menyuarakan keyakinan bahawa Gerakan akan mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum itu kelak hasil kerja keras anggota parti dan khidmat masyarakat yang dilaksanakannya.– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");