Perak Hari Ini

Graduan Perlu Mula Ceburi Bidang Keusahawanan & Teknologi

TRONOH:Para graduan kini disaran untuk mempersiapkan diri mereka ke arah keusahawanan berasaskan teknologi.

Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau berkata, pelajar perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan bagi membantu mereka menggunakan pembelajaran akademik mereka dalam menyelesaikan masalah apabila berada di alam pekerjaan kelak.

“Budaya inovasi dan keusahawanan perlu ditanam di kalangan generasi baru dimana teknologi keusahawanan, teknologi penggabungan kehebatan dan kemahiran keusahawanan adalah sumber sebenar kuasa dalam ekonomi berasaskan pengetahuan hari ini,” katanya pada ucapan perasmian Pameran Teknologi, Pendidikan Dan Kerjaya 2017 (TEC2017) yang memberi fokus kepada kejuruteraan, tenaga,minyak dan gas di Universiti Teknologi Petronas (UTP) hari ini.

Turut hadir sama Naib Canselor Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim.

Tambahnya, pihak majikan juga perlu menggunakan inovasi dan mengaplikasikan teknologi itu ke dalam produk dan perkhidmatan dimana angkah itu perlu dimulakan pada peringkat universiti.

“Para graduan juga perlu menanamkan semangat keusahawanan selain mengubah persepsi berkaitan perniagaan termasuk juga pada peringkat komuniti dan negara kita,”katanya.

TEC 2017 yang berlangsung selama dua hari ini merupakan karnival kerjaya yang memberi ruang buat pelajar untuk membantu melengkapkan diri dengan kemahiran yang penting apabila cuba untuk mencari pekerjaan kelak.

Lebih 60 syarikat dan agensi menyertai pameran dan program yang disertai PETRONAS dan Schlumberger.

Terdahulu beliau turut menyaksikan penerimaan anugerah The Book Of Records bagi pengiktirafan ‘the longest great ball contraption machine’ sepanjang 26.18 meter.

52 orang peserta yang terdiri dari para pelajar Jabatan Kejuruteraan Kimia, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Awam serta Komputer & Sains Maklumat  terlibat dalam pembuatan mesin yang mengambil masa sekitar dua bulan.

Model tersebut akan dipamerkan kepada umum dari 6 hingga 9 April ini.

TEC 2017 bukan sekadar karnival kerjaya berikutan ia menyediakan pelbagai aktiviti untuk pelajar sebagai langkah menyediakan sumber dan peluang untuk masa depan selain pembentukan kemahiran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");