Jenayah

Graduan UiTM maut kemalangan

JASIN: Seorang graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam maut akibat cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Simpang Tiga, Kesang-Selandar di sini, petang tadi.

Memetik sumber Berita Harian Online, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Khairul Safiq Khamis, 26, meninggal dunia di tempat kejadian selepas sebuah kereta jenis PROTON Saga BLM dipandu Siti Atikah Shamsudin, 27, dipercayai terlanggar motosikal jenis Honda ditunggang mangsa.

Menurut sumber, mangsa dalam perjalanan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal di Alor Gajah ke rumahnya di Felda Kemendor, dekat sini.

Sebaik tiba di simpang tiga Kesang-Selandar, kereta dari arah Kesang-Jasin terbabit dipercayai tiba-tiba membelok ke kanan arah Kesang Pajak-Selandar dan melanggar mangsa.

Mangsa yang baru menamatkan pengajian di UiTM Shah Alam meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala pemandu wanita berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Sakri Yusoff @ Zahari ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");