Perak Hari Ini

Guru Perlu Ada ‘Ciri Unggul’

TELUK INTAN:Golongan pendidik perlu memiliki dan menerapkan ciri-ciri unggul bagi memastikan mereka mampu melakukan perubahan baharu dalam sesi pembelajaran.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata golongan pendidik memainkan peranan penting dalam mencorak dan melahirkan anak-anak agar menjadi manusia yang hebat di masa akan datang.

Ciri unggul yang dimaksudkan Zambry adalah merangkumi sifat-sifat seorang guru yang sentiasa menghormati pelajar serta mendengar idea pandangan anak murid dan tidak menjadikan ia sebagai satu bebanan.

“Guru juga perlu ada rasa kepunyaan semasa sesi pembelajaran di bilik darjah serta di sekolahnya dan membuat tindakan serta keputusan secara bersama.

“Dalam masa yang sama, guru perlu sentiasa mesra dan senang dihubungi oleh anak murid dan pihak sekolah selain sentiasa mengambil berat dan prihatin kepada pelajarnya,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis perjumpaan Menteri Besar bersama warga pendidik sempen program Permukiman Menteri Besar di Daerah Hilir Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) di sini hari ini.

Malah jelasnya, guru juga perlu menaruh harapan yang tinggi kepada para pelajar selain cinta kepada pelajaran dengan mengunakan pendekatan terbaik bagi menarik minat pelajar.

Terdahulu beliau mengumumkan pemberian sumbangan RM230,000 kepada 76 kelab guru di setiap sekolah di Daerah Hilir Perak.

Turut hadir Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi dan Datuk Muhammad Amin Zakaria.

“Kemahiran menjadi ketua juga perlu supaya pelajar dapat membuat keputusan dalam masa yang sama mempunyai nilai profesionalisme biarpun berhadapan dengan pelbagai masalah lain.

Tambahnya lagi, pengisian program permukiman selama lima hari ini sama sekali tidak melupakan peranan pendidik.

“Kita bertemu warga pendidik dan ia merupakan salah satu daripada atur cara program yang saya ingin laksanakan sebagai penghormatan kepada guru-guru.

“Guru adalah golongan yang cukup istimewa dalam hidup saya dimana sebagai anak pulau merekalah yang membentuk sikap serta pandangan hidup saya ketika itu,”katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas pengorbanan yang diberikan oleh para pendidik selama ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");