Membawang Hari Ini

Hadiah bermakna arwah suami untuk Nora

KUALA LUMPUR: Pemergian arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi, yang menghembuskan nafas terakhir seminggu lalu, masih membekas dalam hati penyanyi, Nora Ariffin.

Menerusi foto al-Quran sebagai hadiah terakhir bersama nota yang ditulis arwah yang dimuat naik Nora menerusi laman sosial, Instagram, penyanyi yang terkenal dengan lagu Hanya Satu itu mencurahkan keperitannya meneruskan hidup tanpa insan tercinta di sisi.

“Assalamualaikum.. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita pulang. Antara hadiah yang paling bermakna daripada arwah suami tercinta berserta kata-kata yang sangat bererti.

“Seminggu sudah berlalu, namun keperitan sukar digambarkan.. Allah saja yang tahu.. Semoga abang tenang di sana, di taman syurga bersama orang beriman. Orang baik, perginya juga baik.

“Abang… Adamu menyenangkan dan membahagiakan… Pergimu amat menyedihkan.. Insya-Allah, bertemu di syurga,” tulis Nora.

Johan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi pada 24 Mac lalu di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) kerana serangan jantung.

Allahyarham adalah penggubah lagu pop sejak tahun 1980-an dan terkenal menerusi lagu seperti Hanya Satu, Desa Tercinta, Samudera dan Naluri (Hadirlah Kekasih).

Sepanjang kariernya sebagai komposer, Allahyarham turut menghasilkan lagu berunsur ketuhanan seperti Erti al-Fatihah, yang dinyanyikan anaknya, Putri Nur Dahlia.

Lagu berkenaan turut dimuatkan dalam siri animasi Ummi – Ceritalah Pada Kami! terbitan Hud-Hud Media Sdn Bhd dan Erama Records Sdn Bhd memetik laporan Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");