Sukan Hari Ini

Hariff Salleh mahu tebus kekecewaan

PELUMBA pecut negara, Mohd Hariff Salleh tekad meraih kemenangan dengan menaiki beberapa podium dalam siri jelajah Thailand yang bakal membuka tirai perlumbaan hari ini.

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu berkata, sasaran yang diletakkan itu bagi menebus kekecewaan selepas gagal menamatkan perlumbaan dalam Le Tour De Langkawi Februari lalu.

Katanya, perlumbaan ini juga pengukur stamina dan momentumnya selepas mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika saingan LTdL lalu.

“Fokus saya sekarang menaiki podium bagi membangkit kembali semangat saya selepas pulih daripada kecederaan dan ini perlumbaan pertama.

“Setakat ini momentum dan stamina saya berada pada paras terbaik dan saya yakin mampu memberi saingan dengan pelumba lain,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Pakar pecut berusia 29 tahun ini berkata, antara pasukan yang memberi cabaran sepanjang enam peringkat perlumbaan itu termasuk dari Jepun dan Amerika Syarikat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");