Jenayah

Hasrat bersarapan tak kesampaian

CHUKAI: Hasrat seorang nelayan untuk membeli sarapan tidak kesampaian apabila terbabit kemalangan di Kilometer 121 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Kampung Baru, Kemasik, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Nazri Muhammad, 37, maut di lokasi kejadian akibat kecederaaan parah di kepala selepas motosikal jenis Honda Dash yang ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Ford Ranger.

Memetik sumber Berita Harian Online, ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Pantai Kemasik ke Kampung Baru Kemasik, di sini, untuk membeli sarapan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. Jenazah dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kemasik, di sini, kira kira jam 2 petang tadi,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");