Sukan Hari Ini

Higuain Sumbat Dua Gol Julang Juventus

MILAN: Dua gol jaringan Gonzalo Higuain meletakkan Juventus lapan mata selesa di puncak saingan Serie A dengan kemenangan 2-0 ke atas Pescara, awal pagi tadi.

Penyerang Argentina itu, yang mencatat rekod baru liga dengan 36 untuk Napoli musim lalu, melebarkan jumlah jaringannya musim ini kepada 23 gol.

Higuain kini kini ketinggalan dua gol di belakang Edin Dzeko dari Roma dan Andrea Belotti dari Torino – untuk memburu gelaran ‘Capocannoniere’ (penjaring terbanyak).

Dalam aksi pagi tadi, Higuain membuka jaringan pada minit ke-23 selepas menerima umpanan daripada Juan Cuadrado dan menggandakan kedudukan sejurus sebelum rehat (minit ke-43).

Higuain turut meledak dua gol dalam saingan kejuaraan dan liga minggu lalu untuk memastikan gergasi Turin itu kekal di landasan terbaik merangkul kejuaraan berganda buat kali ketiga berturut-turut. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");