Membawang Hari Ini

Hijjaz Guna Keranda Sebenar Untuk Persembahan Konsert GGV Minggu Ketiga

Props yang digunakan sebagai props dalam persembahan kumpulan Hijjaz ketika menyampaikan lagu Selimut Putih di minggu ketiga Gema Gegar Vaganza (GGV) merupakan keranda sebenar yang digunakan untuk pengurusan jenazah.
Perkara itu didedahkan oleh anggota kumpulan Hijjaz sendiri selepas ramai pihak termasuk juri memuji persembahan mereka.
“Sewaktu sesi latihan, kami hanya menggunakan kotak sebagai props. Namun begitu, tenaga produksi berjaya mendapatkan keranda sebenar untuk digunakan semasa persembahan kami di minggu ketiga GGV.
“Keranda itu masih lagi mempunyai bau kapur barus kerana keranda itu baru sahaja digunakan untuk menguruskan jenazah di siang hari.
“Tenaga produksi berjaya membawa keranda tersebut ke dewan persembahan beberapa jam sebelum GGV berlangsung,” kata Ariffin mewakili Hijjaz.
Turut dianggotai oleh Munif, Isman dan Faizal, persembahan Hijjaz pada malam tersebut memikat hati juri yang meletakkan mereka di tangga pertama di konsert minggu ketiga GGV.
Hijjaz juga turut dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Terindah kategori irama terkesan atas persembahan mereka yang memukau.
“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur. Setiap minggu kami cuba memberikan yang terbaik. Apabila diberikan tugasan, kami tidak memandang ringan perkara tersebut.
“Kami duduk berbincang dan tidak mengambil mudah walaupun ada yang berkata lagu Selimut Putih ‘makanan’ kami. Konsep persembahan tersebut datang selepas kami memerah idea,” kata Isman pula.
Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");