Perak Hari Ini

Hoki Piala Sultan Azlan Shah Terima Tajaan RM1.9 Juta

IPOH:Penganjuran Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah tahun ini, mendapat penajaan sebanyak RM1.925 juta.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima replika cek tajaan sempena kejohanan antarabangsa itu yang berlangsung di Kelab Golf Diraja di sini hari ini.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Mendahului pemberi sumbangan adalah kerajaan negeri yang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dengan sumbangan sebanyak RM200,000.

Turut menyumbang syarikat ASTRO iaitu sebanyak RM350,000; Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, sebanyak RM30,000; Lembaga Air Perak (LAP) RM75,000 dan Kuala Lumpur Kepong Berhad sebanyak RM100,000.

Bagi kemudahan prasana dan logistik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menyalurkan dana sebanyak RM20,000.

Bagi penganjuran kali ini, enam negara bakal menyertai kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-25 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah yang bakal dimulakan pada 27 April hingga 6 Mei ini.

Negara berkenaan termasuklah Australia, India, Jepun, New Zealand, Malaysia dan Britain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");