Membawang Hari Ini

Impian kecil Elizad

SELEPAS tampil dengan single Haiyaya yang dilancarkan Oktober tahun lalu, pelakon Siti Elizad berkata, dia kini bersedia merakamkan single kedua.

Bagaimanapun ujar penyanyi dan pelakon berusia 33 tahun ini, dia mahu memilih sendiri single kedua itu agar lebih bersesuaian dengan jiwanya.

“Alhamdulillah setakat ini sambutan terhadap lagu Haiyaya baik dan positif.

“Bagaimanapun saya merasakan lagu tersebut seperti genre yang dibawakan oleh Ayda Jebat kerana lagu Haiyaya di pilih sendiri oleh pihak pengurusan iaitu Paranormal.

“Jadi kalau di beri kesempatan merakamkan single kedua, saya mahu pilih sendiri,” ujarnya memetik laporan Sinar Harian.

Bercerita mengenai lagu bergenre bagaimana yang menjadi pilihannya, Elizad berkata, dia sukakan lagu yang lebih santai dan berentak akustik.

“Saya sukakan lagu santai macam lagu-lagu Indonesia. Mungkin tidak perlu muzik yang banyak dan cukup dengan gitar saja,” katanya.

Tambah Elizad, dia berharap singlenya selepas ini akan menjadi lagu tema drama lakonannya.

“Mungkin kalau saya berlakon sambil dengar lagu sendiri, mood itu akan lebih terasa.

“Namun dari segi marketing saya kira lebih bagus dan saya berharap impian untuk menjadikan lagu sendiri sebagai lagu tema drama tercapai,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Elizad berkata, dia kini masih dalam proses penggambaran drama Papa Ricky bersama Fadlan Hazim, adik Nur Qistina Raisah, Farah Nabilah, Anne Abdullah dan ramai lagi.

“Alhamdulillah, Fadlan semakin hari semakin bagus dan dia juga mudah memberi dan menerima apa sahaja cadangan sepanjang kami bekerjasama.

“Sebagai pelakon yang pernah juga menjadi orang baru di dalam industri, saya tahu bagaimana rasanya bergandingan dengan orang lama.

“Malah sejak awal lagi, demi membuatkan dia selesa, saya lebih senang menggunakan panggilan aku, kau ketika di lokasi,” jelasnya.

Elizad berkata, dek kerana jadual penggambaran Papa Ricky yang panjang, dia masih belum menerima sebarang tawaran lain.

“Buat masa ini juga saya tidak ambil tawaran lagi. Bagaimanapun sudah ada beberapa tawaran yang datang, cuma masih belum confirm sahaja,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");