Sukan Hari Ini

Impian Nicol David buru gelaran kesembilan dunia tidak kesampaian

KUALA LUMPUR: Impian ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk memburu gelaran kesembilan Kejohanan Wanita Dunia musnah apabila tersingkir di pusingan suku akhir di Pusat Skuasy El Gouna, Kaherah, Mesir, hari ini.

Bekas pemain nombor satu dunia berusia 33 tahun itu, yang diletakkan sebagai pilihan keenam, kalah 6-11, 5-11, 9-11 kepada juara remaja dunia, Nouran Gohar yang juga pemain tuan rumah, dalam pertarungan selama 45 minit.

Untuk rekod, Nicol merangkul kejuaraan dunia itu pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.

Menurut laman web Persatuan Skuasy Profesional (PSA), psaworldtour.com., Nouran, 19, akan menentang juara dunia dan rakan senegara, Nour El Sherbini pada saingan separuh akhir esok.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");