Membawang Hari Ini

Impian Siti Nurhaliza Jadi Adiwira Tercapai

Menjadi adiwira merupakan impian sejak kecil penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dan hasrat yang dipendamkan itu dapat dizahirkan dalam video muzik.
Menerusi video muzik single terbarunya yang berjudul Segala Perasaan, Siti dapat memenuhi impian tersebut.
“Kalau nak tahu, sejak kecil lagi saya sudah pasang impian untuk menjadi seorang adiwira atau superwoman, namun perkara tersebut mustahil untuk direalisasikan.
“Tetapi kini saya gembira kerana impian saya itu dapat dizahirkan melalui video muzik dan sebagai penyanyi itu lah salah satu cara untuk saya relisasikan impian tersebut.
“Setelah berbincang dengan team pengurusan, impian saya ini akhirnya berjaya dilaksanakan,” katanya.
Siti Nurhaliza ditemui selepas pelancaran butik Ariani Luxe, di Jakel Mall, semalam.
Mengulas lanjut mengenai video klip tersebut, Siti memberitahu dia turut beraksi dan berlatih teknik pertempuran yang dibantu oleh MMA Fighter iaitu Ann Osman.
“Kami menjalani penggambaran di atas bumbung  sebuah rumah pangsa di ibu negara.
“Dalam video muzik tersebut saya perlu beraksi seperti seorang adiwira, malah jalan cerita dan prop yang digunakan menggambarkan saya mempunyai kuasa luar biasa.
“Saya juga melakukan beberapa aksi seperti adiwira,” katanya lagi
Single dan muzik video tersebut dimuatkan dalam album Simetri Siti  yang bakal dilancarkan pada 5 Mei nanti.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");