Membawang Hari Ini

Ingatan Julia Perez Terjejas Akibat Kanser

INGATAN penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe dilaporkan mula merosot dan sukar mengenali orang disekelilingnya kesan daripada kanser servik yang dialaminya.

Adik kepada Jupe, Nia Anggia memberitahu media negara itu kesihatan kakaknya semakin parah dan sukar untuk mengenali anggota keluarganya sendiri.

Menurut laman Tribunnews, teman rapat Jupe, Eko Patrio pula berkata, selain berat badan semakin merosot, Jupe, 36, juga sudah tidak mampu berjalan.

“Berat badan Jupe semakin susut dan lebih parah dia sudah mula lupa keluarga dan teman-teman.

“Keadaan kesihatannya boleh dikatakan semakin teruk. Dia sudah tidak mampu berjalan kerana kaki kirinya membengkak.

“Sudah ramai rakan artis dan teman rapat datang melawat Jupe di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo,” ujarnya.

Jupe mula bergelar penyanyi sejak tahun 2002 dan dia telah menghasilkan empat buah album iaitu Kamasutra, Aku Rapopo, Dangdut Galau dan The Best Of Julia Perez.

Dia disahkan mengidap kanser servik pada tahun 2014 dan telah menjalani rawatan kimoterapi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");