Sukan Hari Ini

Inter Mula Panik

MILAN: Kapten Inter Milan, Mauro Icardi mula menekan butang panik susulan kekalahan mengejut 4-5 di tangan Fiorentina dalam saingan Serie A, awal pagi tadi, sekali gus menyukarkan peluang untuk layak ke Liga Europa musim depan.

Kekalahan ketiga Inter dalam lima perlawanan tanpa kemenangan itu menyaksikan mereka kini di kedudukan ketujuh liga, kurang setahun selepas diambil alih syarikat dari China, Suning.

Fiorentina membuka tirai jaringan melalui Matias Vecino pada minit ke-23 sebelum Inter merapatkan jurang hasil jaringan Ivan Perisic (minit ke-29) dan Icardi (minit ke-34).

Namun Inter dikejutkan dengan empat gol termasuk penalti dalam tempoh 17 minit babak kedua.

Astori menjaringkan gol kedua Fiorentina pada minit ke-63 dan berselang seminit kemudian, Vecino sekali lagi meledak gol diikuti dua jaringan Khouma Babacar pada minit ke-70 dan ke-79.

Anak buah Stefano Pioli cuba bangkit untuk mengejar kedudukan apabila Icardi meledak dua lagi gol pada minit ke-88 dan masa tambahan kecederaan tetapi sudah terlambat untuk meraih sebarang mata. Keputusan kekal 4-5.

Kekalahan itu hampir melenyapkan peluang Inter untuk menamatkan kempen liga dalam kelompok lima terbaik dan mara ke Liga Europa.

Inter bakal berkunjung ke Artemio Franchi dalam keadaan terdesak untuk memburu kemenangan pertama liga selepas lima perlawanan. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");