Isu Panas

Iskandar, Idris Ahmad Dijangka Kalah

NAIB Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad dijangka tidak mampu mempertahankan jawatannya dalam pemilihan pada Muktamar Pas Tahunan Kali ke-64 yang dijadual berlangsung 28 April hingga 1 Mei ini.

Memetik sumber laporan China Press, exco Selangor itu kemungkinan mengalami kekalahan disebabkan sikapnya yang tidak cukup keras dalam mempertahankan kepentingan parti ketika berdepan beberapa isu penting sejak kebelakangan ini.

Akhbar ini percaya Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan yang turut bertanding dalam jawatan naib presiden tidak akan menghadapi laluan sukar untuk memenangi jawatan tersebut.

“Selain Iskandar, seorang lagi penyandang jawatan naib presiden yang akan mengalami nasib sama ialah Idris Ahmad. Daripada tiga penyandang, hanya Datuk Mohd Amar Abdullah yang juga timbalan menteri besar Kelantan yang dipercayai tidak akan menghadapi masalah besar untuk kekal memegang jawatan naib presiden.

“Kedudukan Iskandar dalam Pas dikatakan semakin hari semakin lemah berdasarkan ketidakupayaannya dalam memimpin parti di Selangor. Beliau tidak menunjukkan pendirian keras dalam isu keengganan bekerjasama dengan mana-mana parti seperti mana yang ditegaskan oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Sebaliknya Mohd Amar menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Abdul Hadi dalam isu RUU 355 dan isu untuk tidak ingin bekerjasama dengan mana-mana parti,” tulis akhbar ini.

Muktamar kali ini dijadualkan berlangsung di Kompleks Pas, Alor Setar, Kedah dan dijangka dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");