Perak Hari Ini

Isu GST: Pembangkang Hanya Mahu Menang PRU-14

IPOH:Keputusan pakatan pembangkang untuk mengekalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST ) sekiranya berjaya mengambil alih kuasa dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti disifatkan langkah terdesak untuk menggunakan apa sahaja ruang yang ada untuk memenangi pru kelak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak pembangkang menggunakan apa sahaja ruang dan peluang semata-mata untuk menang PRU14.

“Mereka nak menang jadi apa sahaja ruang untuk memenangi pilihanraya akan digunakan termasuklah berkaitan GST,” katanya kepada media sejurus selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Basco Avenue Sungai Senam di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pihak pembangkang bertindak tidak tetap pendirian apabila tampil dengan pelbagai kenyataan berkaitan pendekatan kerajaan itu termasuklah keinginan untuk mengurangkan peratusan cukai yang dikenaman dan tidak mahu melaksanakan GST.

“Dahulu mereka katakan tetap akan laksanakan GST tetapi kurangkan peratusan dan ada sekali menyatakan bahawa mereka tidak mahu melaksanakan GST.

“Sekarang mereka pemimpin dan pernah menjadi menteri dulu kini sebagai pembangkang pernah bersetuju cadangan GST ini kerana bagi mereka ia hanya permainan iaitu janjikan apa sahaja soal menang dahulu penuhinya adalah soal nombor dua,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dua hari lepas yang menyatakan GST akan dikekalkan sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih kuasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");