Isu Panas

Isu karikatur: DMDI kutuk keras tindakan akhbar perlekeh Islam, undang-undang syariah

MELAKA: Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Tan Sri Mohd Ali Rustam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan karikatur memperlekehkan undang–undang Mahkamah Syariah dan agama Islam baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan itu merupakan suatu penghinaan yang keterlaluan khususnya kepada agama islam yang menjadi agama rasmi negara.

“Tentunya saya kutuk keras tindakan Nanyang Siang Pau hina Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang diusulkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebab ianya mampu beri kesan kepada ketegangan kaum.

“Mereka yang terlibat ini mesti ditahan segera dan diambil tindakan mengikut Akta Hasutan dan kalau di Singapura, pihak kerajaan mereka mesti ambil tindakan dan mereka yang terlibat akan dihukum mengikut undang-undnag yang ada,” katanya ketika diminta mengulas tindakan sebuah akhbar Cina pada Sabtu yang bertindak luar batasan apabila menerbitkan karikatur yang memaparkan Abdul Hadi dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Dengan tajuk “Akta Monyet”, kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai ‘speaker’ manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai ‘Hadi Awang’ yang bertenggek di pokok ‘Akta 355’.

Katanya, sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, ketegangan sebegitu tidak patut dibangkitkan, malah semua individu perlu menghormati pemimpin dan setiap agama yang wujud di negara ini.

“Ini bukan baru pertama kali isu penghinaan ini berbangkit, lebih-lebih lagi melibatkan agama Islam. Tindakan mesti diambil supaya jadi pengajaran kepada mereka orang bukan Islam ini.

“Operasi syarikat akhbar tersebut juga perlu dihentikan sementara sehingga suatu siasatan yang memuaskan dapat dilakukan dan sekali gus untuk melegakan perasaan umat islam di negara ini,” tegasnya, memetik sumber Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");