Isu Panas

Isu Karikatur: Jiwa Hadi Awang Besar

ALOR SETAR:Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mudah memaafkan sebuah akhbar berbahasa Cina berkaitan isu karikatur menghina wajar dipuji.

Perwakilan Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata jiwa Abdul Hadi adalah besar.

“Di saat orang ramai menunjukkan kemarahan mereka, beliau (Abdul Hadi) dengan mudah memaafkan akhbar tersebut apabila mereka mengemukakan permohonan maaf.

“Inilah yang patut dijadikan teladan,” katanya ketika usul terima kasih dan perbahasan ucapan dasar di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, pada Ahad memetik laporan Sinar Harian.

Sebelum ini, akhbar tersebut menerbitkan karikatur yang memaparkan Abdul Hadi dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Dengan tajuk “Akta Monyet”, karikatur yang disiarkan memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” yang bertenggek di pokok “Akta 355”.

Akhbar tersebut kemudiannya memohon maaf kepada Pandikar Amin Mulia dan Abdul Hadi berhubung penyiaran lakaran yang dianggap menghina kedua-dua pemimpin itu.

Akhbar itu dalam satu kenyataan berkata mereka memohon maaf dan mengakui penyiaran kartun itu adalah tidak wajar untuk tatapan umum.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");