Perak Hari Ini

Isu Pakatan Harapan & PPBM: “Tidur Sebantal Tapi Mimpi Lain-Lain”

IPOH:”Tidur sebantal tapi mimpi lain-lain” merupakan perumpaan yang paling tepat untuk digambarkan berkaitan kerjasama Parti Pakatan Harapan kini.

Terdahulu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mencadangkan nama Barisan Rakyat, namun tidak dipersetujui Penasihat DAP Lim Kit Siang dan nama Pakatan Harapan dikekalkan.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

Mengulas senario tersebut, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menyifatkan parti DAP jelas mengusai keputusan dan kelihatan ‘berat sebelah’ dari segi keputusan selain mampu menghalang cadangan Tan Sri Muhyiddin serta Pengerusi PPBM,Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Satu ketika dahulu mereka musuh ketat bagaimanapun kini berpelukan erat tapi yang pasti ia tanpa niat yg tulus ikhlas.

“Malah saya rasakan perjuangan Pakatan Harapan tidak dapat bertahan lama dan akan muncul pelbagai lagi ketidaksefahanam antara mereka,” katanya kepada Peraktoday hari ini.

Jelasnya, rakyat perlu bijak menilai situasi pembangkang kini dalam membuat keputusan yang terbaik untuk masa hadapan.

“Jika ingin memilih nama Pakatan pun sudah bergaduh, bayangkan macam mana mereka ingin memimpin dan majukan negara?

“Kalau bagi nama pun dah gaduh.. bila pulak nak dengar masalah rakyat,” katanya.

Dr Noor Azmi turut menyifatkan tindakan mereka hanya mempunyai kepentingan peribadi yang tersirat dan matlamat pakatan yang sgt rapuh kini.

Ketua Pemuda UMNO negeri Perak, Khairul Shahril Mohamed

Semetara itu, bagi Ketua Pemuda UMNO negeri Perak, Khairul Shahril Mohamed turut bersetuju bahawa pembentukan parti Pakatan Harapan ini dengan PPBM mempunyai ‘mimpi yang berbeza’ juga seperti ‘pakatan rapuh’ yang sentiasa bertelagah dalam apa juga perkara.

“Itulah hakikat siapa dia Lim Kit Siang dalam konteks Melayu yang jelas, adalah kata-kata Tun Dr Mahathir dahulu bahawa penasihat DAP itu seorg yang rasis, anti Melayu juga anti Islam.

“Beliau hanya berpura-pura untuk berbuat baik dengan Melayu demi kepentingan diri dan DAP khususnya,” katanya.

Shahril turut menyeru orang Melayu khususnya yang berada di dalam Pembangkang agar menyedari hakikat bahawa mereka sebenarnya sedang ‘ditunggang’ oleh Lim Kit Siang.

“Lim Kit Siang memang jelas ingin mengetuai Pakatan Harapan, jadi sekiranya Tun Mahathir atau Muhyiddin berasa ingin menjadi ketua dalam Pakata Harapan, ianya hanya angan-angan sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi ia jelas dibuktikan dengan kegagalan mereka dalam mendapat kata sepakat bagi memutuskan nama Parti tersebut.

“Begitu juga dengan kesepakatan di dalam menentukan kepimpinan utama di dalam Parti Pakata Harapan.

“Jelas Lim Kit Siang akan memastikan hanya pemimpin yang boleh mengikut telunjuk atau proaksi beliau untuk dilantik sebagai pemimpin utama Pakatan Harapan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");