Perak Hari Ini

Jalan Pintas Changkat Jong, Projek Dinantikan Penduduk

TELUK INTAN:Pembukaan rasmi laluan pintas Jalan Changkat Jong ke Jalan Padang Tembak di Daerah Hilir Perak merupakan projek yang cukup dinanti-nantikan seluruh penduduk setempat di sini.

Majlis pembukaan jalan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Datuk Jamilul Nasir Saad.

Pembinaan jalan sepanjang dua kilometer ini merangkumi tiga fasa yang menelan belanja sekitar RM25 juta, telah dilaksanakan pada tahun 2010 dan siap pada 26 April 2017.

Ia merupakan laluan alternatif dan jalan pintas yang menghubungkan antara laluan Jalan Changkat Jong ke laluan Jalan Padang Tembak serta menghubungkan Kampung Banjar.

Jajaran tersebut diperbaiki dan persimpangan jalan disediakan bagi memendekkan jarak perjalanan sebanyak lima kilometer dan menjimatkan masa perjalanan selama 10 minit.

Ketua Kampung Padang Tembak, Mohd Yusof Taib

Menurut Ketua Kampung Padang Tembak, Mohd Yusof Taib ia satu projek yang dinantikan penduduk sekitar kerana membantu mengurangkan kesesakan dan memendekkan jarak perjalanan.

“Kami bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan prasarana yang cukup baik untuk kemudahan urusan penduduk setempat,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya kemudahan jalan raya itu perlu digunakan sebaik mungkin dan tidak digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Ismail Harun

Sementara itu bagi penduduk kampung, Ismail Harun laluan tersebut merupakan satu kemudahan yang cukup membantu penduduk setempat bergerak lebih cepat menggunakan jalan pintas itu.

“Ia projek yang ditunggu selama 6 tahun, jadi selepas ini polis dan ambulan dapat menggunakan jalan pintas ini,” katanya.

Projek ini membantu kepada pertumbuhan ekonomi bagi 150,000 orang penduduk di sekitar pekan Teluk Intan.

Laluan ini juga mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan dapat menampung kapasiti sebanyak 10,000 kenderaan sehari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");