Berita Hari Ini

James Lee menuju ke Gorakshep hari ini

KUALA LUMPUR: Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, yang cuba untuk menakluk Gunung Everest akan bergerak menuju ke Gorakshep pada ketinggian 5,164 meter dari paras laut, hari ini.

Lee berkata walaupun menghadapi sedikit kesukaran, beliau dan pasukannya berjaya sampai ke Lobuche (4,910 meter) hari ini dari Dingboche.

“Hari ini cuaca agak baik tetapi sangat berangin, suhu mencapai kira-kira 5 darjah selsius semasa mendaki dan sekarang mencapai 0 darjah selsius.

“Esok misi akan menuju ke Gorakshep dan berharap untuk semalaman di sana atau pun terus menuju ke Everest Base Camp,” katanya kepada Bernama, rakan media misi untuk menawan puncak tertinggi di dunia itu.

Pendaki berusia 69 tahun itu berkata pasukan tersebut dijangka meneruskan pendakian ke Kala Patthar (5,545 meter) sebelum menuju ke base camp pada ketinggian (5,380 meter) dari paras laut.

Lee dan pasukannya tiba di Kathmandu pada 1 April.

Lima orang lagi pendaki ialah Eugene Kwan Jyh Sin, 47, Chong Nyuk Kooi, 49, Teng Hee Weng, 48, Berdych Tan Teck Chai dan Jack Oh Jin Heng, kedua-duanya 32.

Mereka mengiringi Lee ke Everest Base Camp sebelum Lee meneruskan pendakian ke puncak gunung tersebut dalam ekspedisi yang dianjurkan oleh Kelab Lions Port Dickson Pantai.

Pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan pendakian peringkat terakhir ke puncak Gunung Everest apabila tiba di Camp III pada ketinggian 7,200 meter kerana cuaca buruk.

Gunung Everest ialah setinggi 8,848 meter.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");