Membawang Hari Ini

Janet Jackson Dan Suami Berpisah Setelah Lima Tahun

Bintang pop Amerika Syarikat, Janet Jackson dan suaminya yang juga seorang jutawan Qatar, Wissam Al Mana akhirnya berpisah setelah lima tahun berkahwin, lapor The Mail.

Berita ini mengejutkan ramai pihak berikutan Janet baru sahaja melahirkan anak lelaki bernama Eissa Al Mana pada 3 Januari lalu.

Bagaimanapun, sumber terdekat pasangan itu mendedahkan mereka masih berhubung rapat kerana anak mereka.

“Kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing tetapi masih menjadi ibu dan bapa yang baik untuk anak mereka walaupun sudah berpisah.

“Anak mereka akan tinggal bersama Janet di London,” kata sumber itu kepada The Mail.

Punca perpisahan mereka didakwa ekoran sikap acuh tak acuh Wissam terhadap ibu Janet, Trent Lamar Jackson.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Runaway’ ini jarang membuat kemunculan di media antarabangsa selepas mengumumkan kehamilannya sekali gus menangguhkan siri konsert jelajah ‘Unbreakable’.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2012 selepas berkenalan lebih dua tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");