Perak Hari Ini

“Jangan Lupa Tugas Wakil Rakyat Untuk Bantu Rakyat”- MB Perak

TELUK INTAN:”Tugas wakil rakyat adalah untuk membantu rakyat jadi jangan lupa itu,” demikian tegas Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada hari pertama program Permukiman Menteri di Daerah Hilir Perak hari ini.

Beliau menasihati kesemua wakil rakyat supaya terus melaksanakan tugas mendengar permasalahan rakyat dan membantu mereka.

“Jika mahu menjadi wakil rakyat, perlu ingat dalam fikiran bahawa tugas anda untuk bantu rakyat dan bukannya kumpul kekayaan.

“Bantulah rakyat jika ada yang susah untuk masukkan anak-anak ke universiti wakil rakyat perlu ambil perhatian,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada program perjumpaan bersama masyarakat India di Ladang Nova Scotia di sini hari ini.

Terdahulu sebanyak 340 ketua keluarga pendapatan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan 290 ketua keluarga menerima kotak makanan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Tambah Zambry lagi, para pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlu sentiasa dekat dengan masyarakat.

Malah katanya, rakyat dalam masa yang sama juga perlu bijak memilih dan menyokong wakil rakyat yang telah dipilih.

“Penduduk di Teluk Intan beruntung kerana memiliki wakil rakyat yang juga menteri jadi anda perlu bijak dan terus menyokongnya untuk pembangunan,” katanya.

Jelas Zambry lagi, program permukiman yang diatur kali ini bakal diisi dengan 111 program khusus untuk mendekati rakyat, mendengar masalah mereka dan menyelesaikannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");