Berita Hari Ini

Jangan Samakan Pemerintahan Najib Dan Tun M: Salleh Keruak

KUALA LUMPUR:Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya menyamakan atau membandingkan pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan zaman ketika beliau memerintah negara ini.

Jelas beliau, Tun Mahathir perlu sedar akan bebanan serta tanggungjawab yang ditanggungnya dari masa lampau berbeza dengan era kemodenan pada zaman kini.

“Saya ambil contoh pada zaman Dr Mahathir menjadi perdana menteri, sebilangan regim yang wujud di persekitaran Malaysia disingkirkan.

“Dan beliau juga boleh disifatkan “sama sahaja” dengan diktator yang disingkirkan itu,” kata Salleh di blognya sskeruak.blogspot.my.

Beliau seterusnya berkata, media barat menuduh Dr Mahathir membazirkan berbilion ringgit wang negara, termasuk yang disebut sebagai “ketirisan”.

“Ini diterbitkan dalam sebuah buku dan satu lagi warisan Mahathir yang tidak seharusnya disamakan dengan Najib,” kata Salleh.

Menteri itu berkata, pada 2013, Dr Mahathir menuduh Najib mengabaikan orang Melayu dan melayan kehendak orang Cina, sedangkan orang Melayulah yang menyokong Umno.

“Sudah pasti Najib tidak boleh disamakan dengan Dr Mahathir,” kata Salleh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");