Perak Hari Ini

Jelajah Pemukiman Daerah Menteri Besar Bakal Berlangsung di Daerah Hilir Perak

IPOH: Program Pemukiman Daerah Menteri Besar akan meneruskan jelajahnya ke daerah Hilir Perak yang memberi fokus di Parlimen Teluk Intan dan Pasir Salak pada 18 – 22 April ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sebanyak 108 program akan dijalankan dan dibahagikan kepada ahli-ahli Exco selain beliau sendiri selaku Menteri Besar.

“108 program ini akan dibahagikan mengikut tanggungjawab ahli-ahli Exco serta saya selaku Menteri Besar. Seperti program pemukiman terdahulu kita akan berada di kawasan Hilir Perak bersama dengan rakyat bagi mencari jalan penyelesaian permasalahan yang ada di kawasan berkenaan.

“Saya berharap agar program ini dapat berjalan dengan sempurna dan masyarakat yang tinggal di kawasan kampung atau bandar tidak mengira kaum dapat bersama-sama menjayakan program ini,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa program ini merupakan program yang dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri dan bukan merupakan program parti atau politik.

“Ingin saya jelaskan bahawa program ini dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri dan bukan program politik. Saya jemput semua ADUN tidak kira dari kerajaan atau pembangkang datang dan sertai program ini.

“Matlamat program ini adalah untuk kita turun padang bersama-sama rakyat, tidak perlu untuk buat apa-apa tuduhan yang tidak elok pada kerajaan. Apa yang penting adalah tanggungjawab kita kepada rakyat,” jelasnya.

Program yang akan dijalankan pada pemukiman kali ini merangkumi pelbagai aspek mengikut sektor utama seperti pertanian, pembangunan luar bandar, perladangan, kesihatan, keselamatan, kebajikan dan hal ehwal wanita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");