Jenayah

Juruteknik ditahan bersama pistol

KOTA BHARU: Seorang juruteknik berusia 24 tahun dipercayai ahli sindiket penyeludupan senjata api ditahan ketika cuba melarikan diri daripada sekatan polis di Batu Melintang, Jeli, Khamis lalu.

Memetik sumber Berita Harian Online, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner (SAC) Din Ahmad, berkata dalam kejadian pada jam 4 pagi itu, suspek dari Tanah Merah menghala ke Seremban disyaki cuba menghantar senjata api berkenaan kepada pelanggannya.

“Setibanya di kawasan sekatan, suspek membuat pusingan U untuk melarikan diri sebelum dikejar polis.

“Bagaimanapun kenderaan Proton Wira yang dipandu suspek dipercayai dicuri kira-kira dua bulan lalu di daerah ini, berjaya dihalang polis selepas dikejar sejauh 12 kilometer (km).

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan dalam kereta suspek, polis menemui sepucuk pistol angin berserta 30 peluru bebola besi,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Din berkata, hasil siasatan awal polis mendapati suspek yang bekerja di Negeri Sembilan itu memperoleh pistol berkenaan dengan harga RM500 dan dijual kepada pelanggan pada harga RM1,200 sepucuk.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti 2) 1971,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");