Berita Hari Ini

Kaji Semula Sistem Pendidikan – TPM

KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan negara ketika ini harus dilihat semula kerana tidak menggalakkan pembentukan perpaduan nasional, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perpaduan negara sukar diterjemah jika dasar pendidikan kebangsaan tidak diikuti.

Beliau berkata, ia mungkin sukar dikawal di peringkat prasekolah berikutan wujud pelbagai sistem seperti tadika perpaduan, tadika KEMAS, tadika swasta dan lain-lain.

“Bila memasuki sekolah rendah, ada yang ikut sistem pendidikan kebangsaan, ada sistem ikut bahasa ibunda masing-masing kerana dasar pendidikan kebangsaan menggalakkan bahasa ibunda diajar.

“Bagaimanapun, apabila berada di peringkat menengah, gunakanlah aliran yang sama. Mana ada negara di dunia ini yang sistem pelajarannya ada tiga jenis? Tiada. Malaysia saja. Baik betul pemimpin Malaysia.

“Akhirnya tidak ada titik pertemuan. Orang sekolah tahfiz pernah jumpa pelajar dari sekolah Cina? Tak pernah jumpa. Justeru, bila masa ada komunikasi silang budaya.

“Maka pelajar ini masuk ke universiti luar negara atau dalam negara. Tidak ada titik pertemuan, maka tidak wujud perpaduan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan pada Siri Forum Dasar Awam Kementerian Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2017 bertajuk ‘Budaya Ilmu Teras Kekuatan Negara’ di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, perkara itu memerlukan sistem pendidikan dilihat semula.

“Kita menghormati semua bahasa ibunda tetapi mesti ada persamaan untuk mewujudkan perpaduan negara itu.

“Kekalkan ilmu yang ada dalam bahasa masing-masing sebagai satu subjek tapi bukan sebagai pengantar utama yang akan menyebabkan permasalahan.

“Cacamerba akan berlaku apabila sistem pendidikan tidak mengambil perkiraan perpaduan nasional sebagai tonggak utama,” katanya, memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");